Dilarang menyanyi di Malaysia Erykah_Badu

Pada 28 Februari 2012, konsert beliau di Kuala Lumpur, Malaysia telah dibatalkan ekoran tersiarnya gambar memalukan dalam akhbar arus perdana, The Star. Pada 27 Februari 2012, The Star telah menyiarkan gambar Erykah Badu yang bertatu nama Allah.Lukisan tatoo kalimah Allah terlukis di dada kiri dan kanannya selain tatu segitiga piramid di bahagian tengah dadanya. Gambar itu disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan. Ekoran itu, Pemuda PAS dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mendesak permit The Star digantung.[1][2].[3]Konsert beliau pada 29 Februari 2012 dibatalkan kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.[4][5]Menteri Penerangan Malaysia, Dato Seri Dr Rais Yatim telah menerima memorandum bantahan dari Pemuda PAS yang mendesak agar konsert anjuran Pineapple Concerts itu dibatalkan.[6] Sebelum ini, beberapa artis luar seperti Gwen Stefani dan Avril Lavigne dikenakan syarat berpakaian sopan ketika membuat persembahan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong menyatakan bahawa Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Keesokannya, akhbar itu telah menyiarkan sekelumit permohonan maaf.[7] Pengarang Kanan Rencana Lim Cheng Hoe dan Timbalan Pengarang Rencana, Daryl Goh telah digantung tanpa tempoh ditetapkan.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menyifatkan akhbar milik MCA, The Star yang sudah berkali-kali terang-terangan mengguris hati orang Islam tanpa dikenakan sebarang tindakan drastik menandakan Umno memberikan lesen kepada rakan seperjuangannya MCA untuk terus menghentam Islam. Akhbar The Star merupakan akhbar milik parti politik MCA, (parti politik komponen Barisan Nasional) sebelum ini telah lebih 3 kali menyiarkan cerita dan imej sensitif kepada umat Islam secara terang-terangan. Menurut Mohamad Sabu, MCA dah menjadi lebih ganas di bawah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Nampaknya Umno ini memang memberikan lesen kepada MCA untuk menghentam Islam dalam dasar pecah dan perintahnya. Hukum minum arak, berjudi, hudud semua boleh dipertikai.[8]